Responsive Ad Slot

Lengkap 2 dos vaksin di negeri Fasa 1 boleh lakukan perjalanan lebih 10km

Lengkap 2 dos vaksin di negeri Fasa 1 boleh lakukan perjalanan lebih 10km. Individu yang divaksin sepenuhnya diberi kelonggaran untuk melakukan perjalanan melebihi 10km di kawasan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagaimanapun, larangan rentas daerah dan negeri masih kekal mengikut SOP terbaru yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

SOP yang dikemas kini itu turut menyatakan individu divaksin sepenuhnya kini boleh melakukan perjalanan mengikut kapasiti penuh kenderaan mereka, berbanding peraturan hanya dua orang dalam kereta sebelum ini.

Seseorang individu hanya akan diiktiraf lengkap vaksin selepas hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, atau 28 hari selepas disuntik vaksin satu dos seperti Johnson & Johnson serta CanSino.

Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negri Sembilan, Melaka, Johor dan Kedah masih di bawah Fasa 1 PPN.

SOP terbaru itu menyusul pengumuman kerajaan membuka semula 11 sektor ekonomi untuk individu yang lengkap vaksinasi di negeri Fasa 1, dengan pasar pagi dan pasar tani, kedai gunting rambut, kedai elektrik dan elektronik antara yang dibenarkan beroperasi semula.

Kerajaan turut membenarkan individu divaksin sepenuhnya di negeri Fasa 1 makan di dalam restoran, selain pasar malam dan minggu boleh dibuka semula mulai semalam.

Turut dibenarkan adalah aktiviti sukan dan riadah bukan berkumpulan di kawasan terbuka, termasuk joging, taichi, bersenam, berbasikal, memancing, menunggang kuda, papan luncur, memanah, mendaki, golf, badminton dan tenis (perseorangan).

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo