NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KL City kebal di laman sendiri

Kuala Lumpur: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras terus menjadi kubu kuat pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) musim ini apabila muncul satu-satunya pasukan yang tidak pernah tewas musim ini di halaman sendiri selepas menewaskan Terengganu FC dengan 1-0, sebentar tadi.

Malah, kejayaan memungut tiga mata itu juga menyaksikan skuad The City Boys melebarkan rekod tanpa kalah dalam sembilan aksi sebelum ini, di mana kali terakhir tewas pada 23 April lalu di tangan Kedah Darul Aman FC yang berlangsung di Alor Setar.

Selepas itu, KL City tidak pernah tumbang apabila berjaya merekodkan tiga kemenangan dan enam kali seri buat memungut 30 mata daripada 20 aksi setakat ini untuk berada di kedudukan keenam Liga Super.

Skuad kendalian Bojan Hodak nyata selesa menguasai perlawanan sejak wisel permulaan ditiupkan dan hasilnya pasukan tuan rumah itu tidak menunggu lama apabila meraih gol pembukaan pada minit ke-28.


Gol itu berpunca daripada sepakan deras yang dilakukan J Partiban dari luar kotak penalti yang kemudiannya ditepis penjaga gol pelawat, Suhaimi Husin namun tolakannya cukup lemah untuk memudahkan Paulo Josue mencetak nama selaku penjaring.


Skuad penyu kembali memperkemaskan aksi dan hampir menyamakan kedudukan namun percubaan Faizal Halim pada minit-31 mudah ditampan kemas Kevin Mendoza.

Bersambung babak kedua, pelawat meningkatkan tempo permainan dan peluang terbaik hadir pada minit ke-73 menerusi percubaan Faizal tetapi Mendoza yang juga penjaga gol dari Filipina sekali lagi menjadi penghalang.

KL City membuat empat pertukaran di 15 minit terakhir bagi memberi kesegaran kepada jentera pasukan dan percaturan itu tampak membuahkan hasil apabila berjaya mempertahankan kelebihan satu gol itu.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo