NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Louisiana dilanda taufan Ida




30 OGOS : Taufan Ida dilaporkan mula melanda Louisiana, Amerika Syarikat (AS), menyebabkan ribuan penduduk di situ mula meninggal kediaman masing-masing.

Taufan yang berkelajuan 240 kilometer sejam itu telah menyebabkan terputusnya bekalan elektrik yang memberi kesan kepada lebih 500,000 penduduk di negeri itu.

Presiden AS, Joe Biden berkata, taufan Ida yang melanda ini merupakan ancaman besar kepada penduduk di kawasan itu dan beberapa negeri lain yang dijangka akan turut dilanda taufan tersebut.

Biden memberitahu, bahawa segala bentuk bantuan kepada penduduk di kawasan itu boleh memakan masa selama seminggu untuk sampai ekoran bekalan elektrik yang terputus.

Taufan Ida yang awalnya melanda di kawasan pelabuhan Fourchan selatan New Orleans itu dikategorikan pada tahap empat yang mempunyai kekuatan untuk meranapkan bangunan, pokok-pokok dan bekalan elektrik.

Manakala Gabenor Louisiana, John Bel Edwards menegaskan, penduduk di negeri itu akan berdepan dengan cabaran hebat taufan tersebut beberapa hari atau minggu yang mendatang.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo