NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kisah wanita inggeris yang masuk Islam setelah ditahan taliban

 

Sekarang saya lihat pelbagai persepsi yang muncul terhadap Taliban. Ada yang mengatakan Taliban ini kejam dan ada yang mengatakan sebaliknya. Sebahagian besar persepsi ini wujud berdasarkan sumber berita dari pihak ketiga (pihak yang tidak pernah berurusan langsung dengan Taliban).

Namun, pengalaman Yvone Ridley patut kita jadikan sempadan dalam menapis berita tentang Taliban terutama sumber berita dari barat.

Yvone Ridley, seorang jurnalis telah ditahan dan ditangkap oleh Taliban pada tahun 2001. Beliau yang pada mulanya memiliki persepsi yang sangat negatif terhadap Taliban terkejut menerima layanan yang sangat baik oleh Taliban.

Antara pengalamannya yang menarik ialah :-

1) tentera Taliban tidak pernah menatap matanya sebagai tanda hormat mereka padanya.

2) tentera Taliban yang menahannya memberikan beliau kunci bilik tahanan sebagai kebebasan untuk beliau bergerak (tak pernah kita dengar tahanan perang diberi kunci bilik dan ini dilakukan Taliban)

3) Yvone Ridley berkata, beliau bertemu dengan seorang ulama Taliban yang wajahnya mengeluarkan cahaya semasa dalam tempoh tahanan tersebut.

Selepas ditahan selama 11 hari, Yvone Ridley dibebaskan dan beliau kemudiannya masuk Islam selepas pulang ke negaranya.

Sejurus selepas dibebaskan dari tahanan Taliban, beliau berasa ingin patah balik kembali bertemu dengan para tentera Taliban bagi mengungkapkan ucapan maaf kerana telah berlaku kasar kepada mereka, walaupun mereka melayannya dengan sangat baik.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo