NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perdana Menteri baharu, Ketua Pembangkang pun baharu?




Selepas kemelut politik berhubung isu pelantikan Perdana Menteri (PM), blok pembangkang juga difahamkan sedang bergolak selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal membuktikan majoritinya seperti yang didakwa sebelum ini untuk menukar kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Lebih parah lagi, parti dalam gabungan blok pembangkang Pakatan Harapan sudah berantakan dan bergaduh antara satu sama lain dan terdapat usaha untuk menukar Ketua Pembangkang baharu bagi menggantikan Presiden PKR tersebut.

Langkah untuk menukar Ketua Pembangkang tersebut mungkin akan berlaku dalam sidang Dewan Rakyat nanti di Parlimen yang dijadual pada September ini.

Antara nama yang layak menggantikan tempat Anwar berkemungkinan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang sebelum ini juga dikatakan salah seorang calon PM blok pembangkang.

Episod gagal memperoleh majoriti untuk melantik PM baharu dikalangan blok pembangkang mengundang kemaluan yang besar dan lebih malang lagi dikaca mata rakyat sudah hilang kredibiliti sehingga tidak boleh dipercayai lagi.

Bukan sahaja tidak mencukupi majoriti, Anwar juga sebenarnya ditipu oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kononnya akan membawa sejumlah Ahli Parlimen (MP) daripada partinya untuk menyokong pencalonan beliau.

Perjanjian yang sepatutnya dimerterai dan dihormati oleh kedua-dua mereka nampaknya gagal ditunaikan sehingga mengundang kritikan dan kecaman daripada orang ramai kerana dilihat bergelut merebut kuasa ketika rakyat sedang berdepan krisis kesihatan yang teruk dalam sejarah.

Pembangkang difahamkan gagal mencapai majoriti dan hanya memiliki 105 MP yang menyokong Anwar, berbanding blok sebelah lawannya yang memperoleh 114 sokongan MP untuk melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM baharu.

Anwar pada awalnya mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti di Dewan Rakyat dan begitu teruja untuk menjadi PM walaupun tidak pasti jumlah angka MP menyokongnya.

Zahid dan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini pernah menghantar surat ke Istana Negara yang berpendirian menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan April lalu juga tular klip audio perbualan mesra Zahid dan Anwar yang sedang merancang komplot.

Pada Isnin, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menerusi notis bertarikh 17 Ogos meminta 220 ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu SD bagi menamakan seorang calon PM.

Notis itu bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai PM susulan peletakan jawatan Muhyiddin yang juga MP Pagoh.

https://www.agendadaily.com/politik/tiba-masanya-ketua-pembangkang-baharu-dipilih-ganti-anwar/

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo