NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelancaran derma kilat untuk mangsa tragedi kepala air Gunung Jerai




TABUNG BENCANA BANJIR KILAT YANG BERLAKU DI DAERAH YAN/KUALA MUDA


Assalamualaikum waruhmatullahiwabarokatuh


Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah melahirkan rasa dukacita dan simpati terhadap mangsa banjir kilat akibat kejadian “kepala air” di Gunung Jerai. Takziah kepada yang kehilangan ahli keluarga akibat bencana tersebut.


Sehubungan itu, BPPNK telah mengerakkan tenaga sokongan dalam membantu pihak berkuasa menangani tragedi tersebut. PAS Kawasan Jerai dan Merbok diarahkan membuka bilik Gerakan bagi membantu secara langsung pihak terbabit. Amilin PAS diperlukan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan terbabit serta lain-lain tugasan.


Semua urusan hendaklah dibuat mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, memandangkan kita masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan. Mereka boleh menghubungi Setiausaha PAS Kawasan Jerai, Ustaz Muaz Osman (019-5711920) atau Setiausaha PAS Kawasan Merbok, Haji Fathurrahman (019-4725096).


Semua pihak juga dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa-mangsa bencana. Sumbangan boleh dihulurkan melalui pindahan tunai ke akaun Majlis Tindakan Bencana Alam BPPNK (MBB 552170001133) atau hubungi Puan Nurul Huda (013-4378647).


Terima Kasih,
MUSODDAK BIN AHMAD
Setiausaha BPPNK


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo