Responsive Ad Slot

Kerajaan kaji tundakan kepada golongan anti vaksin


KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Kerajaan akan mengkaji latar belakang golongan yang menolak vaksin dan kaedah tindakan yang akan diambil bagi mencapai sasaran imuniti kelompok (herd immunity) seawalnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk tujuan itu, kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 secara mandatori kepada seluruh rakyat Malaysia menjelang Oktober ini.

"Perkara ini akan diputuskan kerajaan selewat-lewatnya bulan depan sebaik kajian ke atas golongan yang menolak vaksin atau anti vaksin selesai sepenuhnya," katanya pada sidang akhbar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Taman Tamadun Islam (TTI), hari ini.

Muhyiddin tiba di sini, jam 4.18 petang tadi bagi memulakan kawatan kerja di Terengganu.



Hadir sama dalam lawatan tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Tambahnya, sekiranya dilaksanakan kelak, individu yang enggan menerima suntikan dos vaksin Covid-19 boleh dikenakan hukuman mengikut undang-undang sedia ada.

“Kita akan mengkaji terlebih dahulu jika kumpulan anti-vaksin ini tidak mahu menerima vaksin kerana berpenyakit atau sengaja tidak percaya dengan vaksin.

“Dengan pelbagai varian seperti Delta, penerima vaksin juga boleh dijangkiti disebabkan mereka (anti-vaksin) yang kemudian memberi masalah kepada negara,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan secara serius untuk menjadikan vaksin Covid-19 sebagai mandatori bagi memastikan imuniti berkelompok boleh dicapai. 


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo