NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan Chong tidak konsisten berhubung calon PM

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen 
KUCHING: Dakwaan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah melepaskan peluang untuk seorang Perdana Menteri dari Sabah dan Sarawak kerana memilih Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, adalah tidak konsisten.

Kelab Penyokong GPS berkata, Chong telah mendakwa GPS lebih memilih Ismail Sabri berbanding mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang boleh mewakili Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) sebagai PM.

"Kami ingin bertanya kepada Chong, apakah kedudukan DAP Sarawak untuk menyokong Shafie memandangkan, Ahli Parlimen Semporna itu telah menarik diri dari calon Perdana Menteri kerana memberi laluan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bagi orang ramai, siapa yang DAP, PKR dan Amanah serta sekutu Pakatan Harapan (PH) lain sokong untuk calon Perdana Menteri? Adakah Shafie Apdal?

"Jika demikian, kenapa selama ini Anwar menjadi satu-satunya calon Perdana Menteri PH? Bukankah keputusan PH adalah untuk mencalonkan Anwar dan tidak pernah (mencalonkan) Shafie?" katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu kata Kelab Penyokong GPS, kenapa DAP menyalahkan GPS.

Sebaliknya, PH sendiri yang tidak konsisten dengan yang mana satu pemimpin yang mahu diletakkan untuk jawatan tertinggi itu.

"Apa yang Chong dan DAP lakukan adalah menyalahkan GPS atas kegagalan mereka sendiri dan pertikaian mereka dalam PH," tegasnya lagi.

Semalam DAP Sarawak mengkritik GPS kerana menyokong naib presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbanding mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi perdana menteri Malaysia seterusnya.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata demikian ia secara langsung melepaskan peluang wakil dari Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) untuk menjadi Perdana Menteri buat kali pertama dalam sejarah negara.

Katanya Shafie mendapat sokongan bersyarat dari 105 penggubal undang-undang pembangkang dan akan memperoleh majoriti parlimen sederhana sekiranya GPS menyokongnya.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo