Responsive Ad Slot

Majlis Syura Ulama PAS junjung perkenan Agong

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Ahli Parimen Bera Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata, pihaknya turut mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden Umno itu di atas pelantikan tersebut dengan iringan doa semoga beliau sentiasa dikurniakan taufik dan inayah Allah dalam melaksanakan amanah berasaskan manhaj dan panduan Rabbani.

“Sesungguhnya manhaj dan panduan Rabbani merupakan sebaik-baik manhaj kepimpinan yang boleh menjamin kesejahteraan dan kebaikan kepada semua umat manusia.

“Besarlah juga harapan agar barisan ahli kabinet dan kepimpinan negara dipilih dari kalangan mereka yang mempunyai nilai amanah dan kejujuran yang tinggi lagi berintegriti di samping keilmuan dan kemahiran dalam menguruskan negara ke arah yang lebih baik,” ujarnya, dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau dalam masa yang sama turut mengingatkan bahawa perpaduan antara sesama pimpinan parti politik dan rakyat Malaysia hendaklah sentiasa dipupuk ke arah membina negara Malaysia yang harmoni, sejahtera lagi berpadu.

Katanya, hal itu boleh berlaku menerusi pelaksanaan pelbagai polisi yang adil untuk semua tanpa mengira perbezaan kefahaman politik antara rakyat.

Sumber | Harakahdaily




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo