NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GRS sokong penuh Ismail Perdana Menteri baharu

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor 
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

Hajiji berkata, Ismail mempunyai kelayakan dan pengalaman yang diperlukan untuk memimpin negara ini. 

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, Kerajaan Negeri GRS menyokong penuh Ismail Sabri dan mengharapkan hubungan negeri-persekutuan ini akan membuahkan hasil, bukan hanya untuk mempercepatkan usaha membangunkan negeri ini tetapi juga yang antara lain mengambil kira hak-hak Sabah. 

“Kami akan meneruskan perjuangan ini dan isu-isu berkenaan dengan hak, keutamaan dan keperluan Sabah juga akan diteruskan.

“Sekarang pergolakan kepemimpinan di peringkat Persekutuan telah diselesaikan, marilah kita semua bersatu, mengenepikan perbezaan, dan terus bergerak untuk memerangi pandemik COVID-19 serta membangun kembali ekonomi kita," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketua Menteri yang mewakili Kerajaan GRS turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri sementara atau caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas khidmatnya kepada rakyat dan negara serta sokongan dan sumbangannya kepada Sabah.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo