NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenangan : Bila otai muzik lepak di warong siput..

P Ramlee berserta dengan Osman Ahmad (kiri), Yusoff B (tengah) dan A.Rahim (kanan), sedang pekena kopi di warong Siput atau lebih dikenali sebagai Hollywood Cafe.

BILA OTAI MUZIK LEPAK DI WARONG SIPUT.....MACAM2 IDEA KELUAR

Kelihatan dalam gambar, P Ramlee berserta dengan Osman Ahmad (kiri), Yusoff B (tengah) dan A.Rahim (kanan), sedang pekena kopi di warong Siput atau lebih dikenali sebagai Hollywood Cafe. Mereka sedang berehat selepas sessi rakaman lagu untuk filem ALI BABA BUJANG LAPOK. Di warong ini juga mereka lepak untuk mencari idea sebelum masuk studio rakaman, dan di sini juga mereka akan lepak berjam2 selepas rakaman atau shooting..

Bagi lagu2 untuk filem ini, P Ramlee selaku pencipta, penggubah muzik dan penyusun orkestra. Osman Ahmad bermain violin dan piano, Yusoff B bermain mandolin dan saxophone, manakala A.Rahim bermain percussions, drums, bongo dan tambourine. 

Dengan sentuhan magika otai2 ini maka terzahirlah lagu2 seperti Ya Habibi Ali Baba, Beginilah Nasib, Alhamdulillah, Di Waktu Pagi, Apek Dan Marjina, dan Lagu Penyamun. 

fonzz
12.8.2021



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo