NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Abdul Hadi hubungi Muhyiddin nyatakan komitmen dan sokongan


Abdul Hadi dilaporkan telah menghubungi Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengzahirkan penghargaan dan memberi kata-kata semangat kepada beliau.

"Sebentar tadi saya telah menghubungi Tan Sri Muhyiddin Yassin, menzahirkan setinggi penghargaan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.", Hadi Awang, demikian sebagaiaman dipetik daripada hantaran terkini beliau di facebook rasmi.

"Saya turut mengulangi komitmen untuk terus bersama di waktu senang dan susah, khususnya dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita."

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU meletakkan jawatan selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo