NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terkini! Anwar masih gagal dapatkan sokongan kem Azmin


Beberapa percubaan giat dijalankan Anwar Ibrahim untuk berunding dengan sekumpulan ahli Parlimen yang keluar dari PKR tahun lalu gagal dalam objektif bagi mengalihkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang tersebut, MalaysiaNow kini dapat mengesahkan.

Difahamkan bekas ahli-ahli Parlimen PKR yang kini menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran kerajaan menolak dengan tegas rayuan yang dilakukan beberapa utusan Anwar bagi berunding dengan mereka secara tertutup.

Salah satu pertemuan berlaku “minggu lalu”, kata pembantu kepada salah seorang ahli Parlimen PKR dengan syarat tidak dinamakan.

Pembantu itu turut mendedahkan bagaimana beberapa “pasukan perunding” ditugaskan berhubung dengan bekas ahli-ahli Parlimen PKR yang menyokong Langkah Sheraton tahun lalu sehingga menyebabkan Pakatan Harapan (PH) tumbang dari pentadbiran kerajaan.

Ketika ditanya apakah ahli Parlimen yang disasarkan termasuk Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin; yang dilabel “pengkhianat” oleh parti itu selepas memimpin kira-kira 12 orang ahli Parlimen keluar dari PKR, mengurangkan jumlah sokongan parlimen parti itu kepada kerajaan PH, pembantu itu menjawab, “Ya”.

“Dan ini berlaku ketika pasukan rundingan lain memberitahu cerita berbeza kepada ahli Parlimen lain bahawa parti mahu terima semula mereka semua kecuali Azmin dan Zuraida.”

Beberapa pertemuan itu berlaku selepas sebilangan pemimpin PKR diarahkan untuk mendapatkan jumlah sokongan yang diperlukan lebih awal sebelum Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan dan seterusnya membenarkan Yang di-Pertuan Agong menilai sokongan kepada calon-calon perdana menteri.

Difahamkan, beberapa pemimpin DAP tidak senang dengan kemasukan sekitar 15 ahli Parlimen Umno yang terpalit skandal rasuah seperti bekas perdana menteri Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam, MalaysiaNow melaporkan PKR dan Anwar bergantung kepada sokongan sekumpulan ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin bagi memberi peluang kepada Anwar memiliki jumlah sokongan yang diperlukan bagi menjadi perdana menteri.

“Namun akhirnya, tiada seorang pun bekas ahli-ahli Parlimen yang keluar dari PKR itu setuju untuk kembali. Itu adalah satu hal yang memang sudah dijangka jika dilihat dengan penolakan keras mereka dengan cara Anwar menguruskan parti,” kata sumber itu.

Sumber | Malaysianow


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo