NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangkitan Covid-19 di Parlimen kemungkinan besar varian Delta

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan empat kes jangkitan Covid-19 di Parlimen berkemungkinan besar daripada varian Delta.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menerima empat sampel RT-PCR itu dari Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh hasil saringan di Parlimen.

“Hasil daripada “PCR Genotyping Assay”, kesemua empat sampel menunjukkan mutasi “protein spike” yang dikenalpasti wujud pada varian Delta atau varian Kappa. Namun berdasarkan “variant of concern” (VOC) yang sedang menular di dalam komuniti, ianya berkemungkinan besar adalah varian Delta,” katanya dalam catatan di Facebook.

Katanya, penjujukan genom penuh akan dijalankan bagi pengesahan selanjutnya.

Kajian klinikal di luar negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa kes yang dijangkiti varian Delta mempunyai kandungan virus 1,200 kali lebih tinggi berbanding kes yang dijangkiti dengan varian biasa (non-VOC).

Terdahulu, Noor Hisham menyarankan supaya sidang Parlimen digantung selama dua minggu bermula 29 Julai selepas mengambil kira penilaian risiko semasa bagi mencegah penularan jangkitan Covid-19 di bangunan berkenaan.

Ia susulan terdapat sembilan kes positif Covid-19 dilaporkan di Parlimen yang mana lima kes mempunyai kadar kebolehjangkitan yang amat tinggi (nilai ambang antara 12.67 hingga 18.19).

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo