NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Ini adalah Man United sebenar' - Solskjaer




London: Manchester United menikmati permulaan musim di Liga Perdana yang hebat selepas Bruno Fernandes meledak hatrik ketika membelasah Leeds 5-1 di depan 73,000 penyokong di Old Trafford, semalam.

Lebih 300,000 penyokong menghadiri perlawanan pembukaan musim ini selepas pasca pandemik Covid-19 di London.

United nyata bersemangat dengan kehadiran semula penyokong mereka apabila gandingan Fernandes dan Paul Pogba meranapkan impian anak buah Marcelo Bielsa.

Pogba mempamer aksi menakjubkan apabila bintang Perancis itu menjadi watak penting kepada empat gol, iaitu dua kepada Fernandes dan dua lagi masing-masing untuk Mason Greenwood dan Fred.

"Apabila anda menjaringkan empat gol pada separuh masa kedua seperti yang kami lakukan, ia adalah perasaan yang paling menarik," kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

"Kembali menemui penyokong adalah amat penting. Ini adalah Man United sebenar."

Luke Ayling menyamakan kedudukan untuk Leeds pada awal separuh masa kedua tetapi tidak dapat mengelak daripada kekalahan di Old Trafford selepas turut dibelasah 6-2 pada musim lalu.

Sementara itu, Solskjaer berharap penyokong United dapat memujuk Pogba untuk menandatangani kontrak baharu di Old Trafford.

Pogba akan menjadi ejen bebas apabila kontrak semasanya berakhir Jun tahun depan dan setakat ini dia menolak kontrak baharu yang ditawarkan United.

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/08/742646/ini-adalah-man-united-sebenar-solskjaer


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo