NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Husam Musa diperintah bayar gantirugi kepada KPK


25 Ogos :  Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah memerintahkan Husam Musa untuk membayar gantirugi kepada KPK sebanyak RM 100,000 dan kos tindakan sebanyak RM 110,933.92 terhadap Penghakiman yang telah direkodkan terhadap dirinya pada 1 Oktober 2019.

Penghakiman tersebut adalah daripada satu tindakan saman fitnah yang difailkan oleh KPK terhadap kenyataan-kenyataan yang telah diterbitkan dan disebarkan oleh Husam Musa melalui laman facebook dan ceramah-ceramahnya yang mana Mahkamah telah menyifatkan kenyataan-kenyataan tersebut adalah menjejaskan reputasi dan imej KPK serta turut memberi impak buruk kepada nama baik perniagaan.

Pada 2017 pemimpin Amanah terbabit dalam ceramah dan posting facebook telah mendakwa KPK melanggar hak Orang Asli (menceroboh tanah Orang Asli di Gua Musang).

Husam juga mendakwa dan menyebarkan kononnya KPK telah ditutup dan berlaku penyelewangan dalam syarikat terbabit.

Berikutan itu KPK memfailkan tindakan fitnah terhadap Husam kerana tanah yang didakwa diceroboh tersebut bukan dalam konsesi KPK.

KPK juga tidak pernah ditutup malah masih beroperasi sehingga sekarang dan sama sekali tidak berlaku sebarang penyelewengan dalam urusan dan pentadbiran KPK.

Terdahulu, Husam Musa pernah memfailkan permohonan untuk mengenepikan dan membatalkan Penghakiman bertarikh 1/10/2019 terhadap dirinya itu, tetapi telah ditolak oleh Mahkamah.

Perintah terhadap gantirugi dan kos itu telah didengar dan diputuskan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Abazafree bin Mohd Abbas.

Husam Musa diwakili oleh peguam Encik Murtadza & Encik Vankendesh dari Tetuan Zayumi Murtadza & Co manakala KPK diwakili oleh peguam Wan Muhamad Hafiz Wan Zawawi dari Tetuan Afifah, Wan & Aimi Shazwani.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo