NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Himpunan haram bakal cetuskan kluster baharu COVID-19



1 OGOS: Bekas pesakit COVID-19 kategori lima, Zamri Mohd Isa melahirkan rasa kebimbangan bahawa himpunan haram #lawan ketika negara bergelut COVID-19 akan memburukkan lagi situasi pandemik di negara ini.

Justeru, Zamri yang juga Pengerusi Keilmuan Nasional mengecam tindakan individu yang menyertai demonstrasi semalam yang boleh mencetuskan peningkatan kes yang mendadak akibat aktiviti itu.

“Saya melihat himpunan #lawan yang diadakan adalah satu tindakan mereka yang tidak bijak kerana boleh berlaku satu kluster besar COVID-19.

Himpunan #lawan ini dibimbangi akan mewujudkan kluster baharu.

“Pada saya untuk mengubah kepemimpinan negara hari ini, biarlah kita serahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Ahli Parlimen mengikut Perlembagaan Negara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas demonstrasi yang diadakan oleh kumpulan anak muda Sekretariat Solidariti Rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Johor, Dr Ng Kim Fong memaklumkan beliau tidak terkejut sekiranya kes baharu COVID-19 melebihi ramalan awal Kementerian Kesihatan iaitu sebanyak 24,000 kes sehari pada September ini.

“Pastinya jumlah itu akan menjadi tinggi lagi dan ini memungkinkan tempoh lockdown (sekatan pergerakan) yang lebih lama untuk rakyat Malaysia.

“Oleh itu, atas apa pun alasan, rakyat kena melihat sudut kesihatan dalam setiap tindakan mereka. Bantu petugas kesihatan dan doktor mengawal situasi COVID-19.

“Ini kerana kebanyakan katil di hospital Lembah Klang kini sudah penuh, menunjukkan keadaan semakin tenat,” katanya.

http://www.pnbbcportal.com/2021/08/01/himpunan-haram-bakal-cetuskan-kluster-baharu-covid-19/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo