NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua lagi Ahli Parlimen PKR akan sokong PN

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin selepas hadir pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendedahkan ada dua lagi Ahli Parlimen daripada PKR menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dua Ahli Parlimen ini tidak termasuk Xavier Jayakumar yang menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lalu.

Zahidi berkata, langkah itu sekali gus menafikan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan telah hilang majoriti.

“Kita ada perjumpaan dan Yang di-Pertuan Agong akan melihat sokongan, di mana dakwaan pembangkang bahawa Muhyiddin sudah hilang sokongan. Jadi kita BN berkumpul dan lihat berapa sokongan dan hantar akuan bersumpah (SD), kita hantar 40 SD menyokong Muhyiddin.

“Tidak ada masalah sokongan terhadap PM di mana PKR ada pertambahan tiga (termasuk Ahli Parlimen Kuala Langat) lagi ahli Parlimen yang sokong Muhyiddin,” katanya dalam sidang media dalam sidang media di pejabatnya di Radio Televisyen Malaysia (RTM), hari ini.

“Kita tengah adakan rundingan dengan tiga lagi ahli Parlimen sama ada nak sokong Muhyiddin atau tidak, dengan Tengku Razaleigh (Ahli Parlimen Gua Musang) tidak sokong.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu turut berkata beliau akan membawa usul dalam Mesyuarat MKT yang akan diadakan malam ini untuk menyeru ahli-ahli parti terus bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyokong kerajaan sedia ada.

Jelasnya, apabila UMNO mendapat jawatan timbalan perdana menteri, maka parti telah bersama-sama dengan Kerajaan PN berusaha membantu rakyat.

“Saya minta beri kepercayaan kepada Ismail Sabri dan UMNO tidak akan mengkhianati kerajaan yang kita bina bersama,” jelas beliau.

UMNO akan mengadakan satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi secara dalam talian malam ini bagi membincangkan isu politik terkini.

Dalam pada itu, masyarakat digesa untuk tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah tumbang.

Zahidi menambah, dakwaan yang dibuat pembangkang pada Himpunan di Dataran Merdeka semalam adalah cubaan untuk mengalihkan pandangan rakyat bagi merebut kuasa untuk menjadi perdana menteri

“Sehingga hari ini, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih lagi stabil dan didokong oleh majoriti Ahli Parlimen daripada PN, BN serta rakan-rakan dari Sarawak dan Sabah,” ujar beliau.

Terdahulu Ahli Parlimen Padang Besar itu menerima memorandum sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beberapa ahli Parlimen PN telah menyatakan untuk keluar dan menarik sokongan kepada kerajaan sedia ada.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo