NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

"Dua ahli kumpulan Abu Sayyaf mati ditembak dalam insiden berbalas tembakan

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali
KOTA KINABALU: Dua lelaki dipercayai ahli kumpulan pengganas Abu Abu Sayyaf (ASG) mati ditembak pasukan keselamatan di Pulau Timbang Sandakan awal pagi tadi.

Kedua-dua suspek mati ditembak dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan yang menjalankan Operasi Khas bagi mengesan kumpulan berkenaan kira-kira jam 5 pagi.

Turut dirampas semasa kejadian adalah senjata api yang digunakan oleh kedua-dua suspek di lokasi kejadian.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan sidang media alan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, jam 11 pagi ini.

Difahamkan, kejayaan pasukan keselamatan ini susulan daripada maklumat operasi khas di Taman Sri Arjuna, Beaufort, 8 Mei lalu.

Hasil daripada maklumat itu, pasukan keselamatan menjalankan operasi bagi mengesan beberapa lagi ahli kumpulan Abu Sayyaf.

Pegawai dan anggota polis akhirnya berjaya mengesan dua ahli kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Timbang, Sandakan dan berlaku berbalas tembakkan hingga kedua-dua lelaki itu maut di lokasi kejadian.

Manakala pegawai dan anggota keselamatan yang menjalankan operasi semua dalam keadaan selamat.

Sebelum ini, seramai lapan individu termasuk dua dalam senarai orang dikehendaki membabitkan kumpulan militan Abu Sayyaf ditahan dalam serbuan di kawasan paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort, 8 Mei lalu.

Hasil siasatan berjaya menumpaskan lima lagi ahli kumpulan pengganas terbabit yang ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan di lokasi sama, 17 Mei lalu."

Sumber : Utusanborneo


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo