NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Delta ganas menyerang, China kembali ‘lockdown’


Delta ganas menyerang, China kembali ‘lockdown’. Jutaan penduduk di China kembali berdepan langkah lockdown pada Isnin selepas negara itu kini bergelut untuk membendung penularan varian Delta yang kini sudah merebak di lebih 20 bandar dan lebih 12 wilayah di seluruh negara.

Pada Isnin, sebanyak 55 kes jangkitan tempatan dilaporkan selepas jumlah kes domestik dan asimptomatik menunjukkan peningkatan.

Sejak minggu lalu, pemerintah tempatan di bandar utama termasuk Beijing telah meningkatkan ujian saringan dan mengenakan kuarantin ke atas kontak rapat individu disahkan positif Covid-19.

Di bandar Zhuzhou, wilayah Hunan, lebih 1.2 juta penduduk dikenakan arahan duduk di rumah.

“Kita berdepan situasi yang semakin sukar,” kata jurucakap pemerintah tempatan di Zhuzhou.

Di destinasi tumpuan pelancong di Zhangjiajie, kira-kira 1.5 juta penduduk dikenakan lockdown bermula Jumaat susulan penularan wabak itu yang berpunca daripada kluster sebuah teater.

Di Beijing yang sebelum ini berjaya mencatatkan sifar kes jangkitan tempatan, kluster melibatkan sembilan tukang cuci di sebuah lapangan terbang antarabangsa telah merekodkan lebih 360 kes jangkitan domestik sejak dua minggu lalu.

Ketika ini, kes jangkitan baharu turut dilaporkan di destinasi pelancongan popular di Hainan, Ningxia dan Shandong serta wilayah Henan yang terjejas banjir.

Disyorkan artikel ini:
• Singapura benarkan ‘walk-in’ di 11 pusat vaksin Covid-19 Moderna• Bantah sekatan pergerakan, hampir 600 penunjuk perasaan ditahan• Naib Presiden AS Kamala Harris dijadual lawat Vietnam, Singapura
Kebimbangan meningkat selepas terdapat laporan mendakwa kluster terbaharu melibatkan individu sudah divaksin.


“Perlindungan vaksin Covid-19 terhadap varian Delta mungkin menurun. Tetapi, vaksin sedia ada mempunyai kesan perlindungan dan pencegahan yang baik terhadap virus bermutasi itu,” kata ahli virologi, Dr Feng Zijian di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China.

Sehingga Jumaat, lebih 1.65 juta dos vaksin telah diberikan namun Beijing tidak menyatakan jumlah individu sudah menerima dos lengkap. – Agensi

Delta ganas menyerang, China kembali ‘lockdown’.





............oo000oo...........
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo