Responsive Ad Slot

Axelsen tumbangkan juara bertahan badminton Olimpik


Tokyo: Pemain Denmark, Viktor Axelsen memenangi pingat emas acara badminton Olimpik sebentar tadi, sekali gus menjadi lelaki pertama bukan dari Asia memenangi kejuaraan perseorangan sejak 1996.

Axelsen yang juga pemain nombor dua dunia menewaskan juara bertahan Chen Long dari China, 21-15, 21-12, menguasai perlawanan sejak dari awal permainan dan mempamerkan aksi bertenaga.

Axelsen memenangi pingat gangsa di Olimpik Rio 2016, mengikut jejak langkah pemain senegara Poul-Erik Hoyer-Larsen yang muncul juara di temasya Atlanta dan pemenang terakhir dikalangan pemain luar Asia.

Hoyer-Larsen, kini presiden badminton dunia berada di arena itu untuk melihat kejayaan Axelsen.

Pemain nombor enam dunia, Chen Long pula dalam pemburuan mengatasi pencapaian legenda badminton China, Lin Dan untuk kejuaraan Olimpik yang dimenangi.

Namun gagal berbuat demikian apabila tunduk dengan aksi cemerlang dipamerkan Axelsen.

Pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting pula merangkul pingat gangsa apabila menewaskan pemain nombor 59 dunia dari Guatemala, Kevin Cordon 21-11, 21-13.

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2021/08/737930/axelsen-tumbangkan-juara-bertahan-badminton-olimpik

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo