NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Delima media sosial

Kesian dengan sebahagian orang. 

"Tak lalu kot atas newsfeed FB saya. Maka tak wujud la" , kata Hussain lempoyang. 

Orang sebegini mindanya sekadar alat dalam arus media. Pemikiran mereka ikut arus algorithm newsfeed. Malas mencari jawapan. 

Orang sebegini kadang hal-hal penting di kawasan sendiri dia tak ambil kisah sangat. Apa yang paling dekat bagi dia adalah 'apa yang viral' di media, depan batang idung dia dan di layar skrin yang hari-hari dia mengadap. 

Ironi, bila orang beginilah paling cuba claim diri paling betul dalam tulisan medsos masing-masing. Bila timbul satu cerita viral. Pandangan dan luahan mereka bagaikan fatwa kebenaran, padahal baru baca 'headlines' atau tajuk berita. 

Terus membalun dulu sampai puas, semak kesahihan dan fahami cerita menyeluruh belakang kira. Janji kami berani nak sampaikan kebenaran. Ana 'al-haqq' kononnya.

Suatu keadaan yang membuntukan apabila pemikiran mereka terlalu binari. Samada betul atau salah dalam satu situasi mencapah dan mengikut arus asalkan pandangan mereka menang. 

Ya. Memang satu sudut hujung sana ada pentaksub figura yang juga bersifat binari. Maka tidak beza pun pentaksub figura itu dengan kelompok ana al-haqq ini. 

Inilah cabaran pemikiran oksidental secara literal yang cuba telah tercelup oleh minda-minda yang terperangkap dikalangan orang oriental. 

Era kini adalah peperangan pemikiran. Kadang kita sendiri boleh terperangkap untuk menjalankan agenda jahat dengan berasaskan teori yang haqq. 

Kita paling kuat kompain. Kerja kita tak tara mana pun. Kita lebih ambil berat perkara yang jauh daripada kita . Dalam masa yang sama kita mengabaikan apa yang dekat dengan kita , bahkan bawah tanggungjawab kita. 

Kita menjadi juara untuk memperbetulkan orang di daerah orang. Masalah daerah sendiri kita tak cukup berperanan. 

Semua ini berlaku kerana minda kita dikawal oleh apa-apa saja yang viral dan lalu dekat di newsfeed media sahaja. 

Kitalah pejuang kebenaran sebenar šŸ™„ . Sayangnya mengalami kegagalan mempertimbangkan secara menyeluruh . Mengutamakan yang maya berbanding realiti. 

Inilah krisis pemikiran yang simptonnya kita boleh lihat dalam era media baru sekarang. Yang mengaku pejuang kebenaran pun hanya sekadar bidak-bidak catur algo medsos dan penaratifan headline (tajuk) media yang sentiasa menawan minda-minda 'ana al-haqq' . 

Zico d Prancis
Renungan Pagi di BJ
8 Ogos 2021


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo