Responsive Ad Slot

COVID-19: Semua daerah di Sabah kini zon merah

Datuk Seri Masidi Manjun
KOTA KINABALU: Kesemua 27 daerah di Sabah kini dalam kategori zon merah COVID-19, kata Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 berkata, ia selepas daerah Nabawan yang sebelum ini dikategorikan sebagai zon jingga, bertukar kepada zon merah jari ini.

Selain itu, 770 kes atau 62 peratus daripada 1,274 kes positif hari ini adalah disumbang daripada sraingan kontak rapat.

"Ia diikuti 295 kes atau 24 peratus adalah adalah saringan kontak bergejala manakala tujuh peratus atau 87 kes adalah daripada saringan kluster sedia ada.

"Seramai 842 kes adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, 11 kes dalam Kategori 3, lima kes dalam Kategori 4 dan dua kes dalam kategori 5.

"Sebanyak 31 peratus daripada kes yang dilaporkan hari ini masih lagi dalam siasatan untuk menentukan kategori jangkitan atau sakit mereka," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Daerah Kota Kinabalu masih mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 310 kes diikuti Tawau (206 kes) dan Penampang (127 kes).

"Untuk hari ini, daerah Tongod adalah satu-satunya daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu," katanya.

Sementara itu, sebanyak 11 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tiga kes di Tawau, dua kes di Tuaran, dua kes di Papar dan masing-masing satu kes di Kota Marudu, Ranau, Kota Kinabalu dan Penampang."

Sumber : astroawani


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo