NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Covid 19: Kes positif menurun tiga hari berturut-turut


9 OGOS: Kadar positif harian COVID-19 menurun untuk tiga hari berturut-turut dengan 17,236 kes direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebelum ini KKM melaporkan sebanyak 18,688 kes positif direkodkan, semalam, manakala 19,257 dilaporkan pada Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan itu jumlah kumulatif kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia sekarang ialah 1,279,776 kes, sejak kes pertama pendemik berkenaan dikesan KKM di negara ini, pada 24 Februari 2020.

“Selangor terus menjadi negeri mencatatkan kes harian tertinggi dengan 5,740 kes diikuti Kuala Lumpur yang merekodkan 1,567 kes dan Kedah sebanyak 1,328 kes.

“Sabah pula mencatatkan ,247 kes, diikuti Johor (1,232), Negeri Sembilan (1,215), Perak (935) dan Kelantan (914).

“Pulau Pinang pula merekodkan sebanyak 908 kes diikuti Pahang (604), Sarawak (589), Terengganu (501), Melaka (360), Putrajaya (66), Perlis (22) dan Labuan (8),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

http://www.pnbbcportal.com/2021/08/09/kes-positif-menurun-tiga-hari-berturut-turut/

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo