NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukan 50 tetapi 100 Ketua Bahagian sepakat desak Zahid berundur, dedah Ketua Bahagian Bakri

Seramai 100 Ketua UMNO Bahagian (KB) seluruh negara yang sepakat mendesak Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur kini sudah mencecah 100 orang, terdapat penambahan daripada laporan awal Agenda Daily.

Portal Sinar Harian melaporkan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd Fuad Tukirin mendakwa gerakan untuk mendesak Zahid berundur semakin bertambah sebagai tanda tidak bersetuju dengan keputusan Zahid yang memutuskan semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, 100 Ketua Bahagian tersebut juga kecewa dengan keputusan Zahid mengarahkan Ahli-ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan PN serta-merta, pada saat rakyat berdepan kesusahan akibat krisis pandemik Covid-19.

“Ketua-ketua UMNO bahagian turut berpandangan tindakan itu akan menyebabkan pemimpin UMNO dilihat tidak bertanggungjawab terhadap rakyat pada saat kerajaan PN bertungkus-lumus mendepani krisis Covid-19 yang semakin serius.
 
“Bagaimanapun, persepakatan lebih 100 ketua UMNO bahagian ini bukanlah satu gerakan untuk menjatuhkan Zahid.

“Proses ini adalah proses biasa yang akan dilaksanakan melalui pemilihan parti yang perlu dilaksanakan Zahid secepat mungkin. Tidak timbul isu kita mahu memburukkan sesiapa,” beliau dipetik berkata.

Beliau turut menghargai tindakan 30 Ahli Parlimen yang kekal bersama kerajaan PN yang dilihat mendahulukan kepentingan rakyat dan negara daripada sibuk bermain politik.

“Kami turut mengucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan sekitar 30 ahli Parlimen UMNO serta Barisan Nasional (BN) yang dilihat mendahulukan kepentingan negara dan rakyat dengan terus kekal bersama kerajaan PN.

“Kalau ada dalam kalangan pemimpin UMNO hendak jatuhkan kerajaan PN sangat, sepatutnya mereka kena patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang sudah memperkenankan hasrat usul undi percaya Perdana Menteri di Parlimen diadakan pada bulan September ini…Tunggulah sidang Parlimen bulan hadapan,” katanya lagi.

Terdahulu, Aegnda Daily mendedahkan pemimpin akar umbi UMNO seluruh negara kini sudah melancarkan gerakan untuk menyingkirkan Zahid ekoran langkahnya menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

Gerakan tersebut yang terdiri daripada Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan pemimpin peringkat cawangan difahamkan sudah mula bergerak dengan menyerang Presiden kerana tindakannya yang disifatkan tidak mementingkan masa depan parti dan lebih mementingkan kepentingan peribadi semata-mata.

Daripada maklumat diterima Agenda Daily, sekurang-kurangnya 50 Ketua UMNO Bahagian sudah bersedia untuk melawan Zahid dan akan membuat aduan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung tindakan Zahid yang tidak mengikut peraturan parti, ia termasuk isu berkaitan pemilihan parti.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo