NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Basikal jaguh trek negara paling mahal di dunia!


BASIKAL yang digunakan dua jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom mencuri tumpuan ramai susulan harganya dikatakan mencecah RM300,000 seunit.

Jentera tunggangan kedua-dua atlet itu adalah hasil kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) dengan firma TotalSim Limited di Britain, membabitkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak 2018.

Setiap basikal dibina melibatkan teknologi aerodinamik dan berat fizikal untuk disesuaikan mengikut pelumba. Maksudnya, basikal Azizulhasni tidak sama seperti jentera kayuhan Shah Firdaus.

Akaun YouTube GCN Tech mendedahkan pecahan harga komponen basikal yang menarik perhatian ramai. Berdasarkan laporan, basikal Azizulhasni dikatakan bernilai £60,000 iaitu basikal paling mahal di dunia!


Dua pengulas, Jon dan Ollie menyatakan ada dua saiz basikal iaitu M dan L dan ini adalah pecahan harga setiap komponen basikal:

Frem
  • Dicipta menggunakan gentian karbon dan menjalani proses ujian rumit termasuk terowong angin dan cetakan tiga dimensi.
  • Harga: £25,000 (RM147,000)
Fork
  • Frontal area paling rendah tetapi menawarkan kekutana dan ketegaran kepada pelumba.
  • Harga: £5,000 (RM29,400)
Hendal bar yang agak ciput
Bar Hendal
  • Dicipta untuk menyempurnakan aliran udara lebih aerodinamik khususnya di bahagian tangan dan lengan semasa pecutan tinggi. Panjang bar hendal cuma 30 sentimeter.
  • Harga: £10,000 (RM58,800)
Rim depan tayar
Rim
  • Rekaan khas dengan gandar dibina dalam fork berdiameter 12mm. Lebar rim cuma 32mm.
  • Harga: Rim depan £6,000 (RM35,290), rim belakang £6,000
Komponen lain
  • Chain ring : £120 (RM700) sekeping
  • Sproket : £20 (RM120) jenama Shimano Dura-Ace
  • Pedal : £2,000 (RM11,800) jenama SRM Power
  • Rantai : £120 (RM700) jenis UFO Racing Track
  • Tayar : £135 (RM800) seunit jenama Pista (kali dua)
Jumlah besar: RM320,700


Sumber : pandulaju


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo