NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bagaimana Syed Saddiq dikaitkan dengan kesalahan penggubahan wang haram?

Dalam kertas pendakwaan terbaru, Sadek dituduh melakukan pengubahan wang haram apabila memasukkan wang RM100k kedalam akaun bank maybank islamic beliau yang kemudian dipindahkan ke akaun ASBnya. 

Ramai yang bertanya apa benda aktiviti haram yang dilakukan Sadek tersebut?

Pada 2 April 2018, Parti Bersatu telah diharamkan oleh ROS.

Pada 8 April 2018, Sadek menjalankan satu acara "fund-raising battle for johor" untuk raih dana beliau bertanding sebagai calon parlimen di Muar untuk PRU14. 

Menurut live Syed Saddiq pada 22 Julai 2021, (https://www.facebook.com/1130669147012110/videos/933676217487695)  beliau berkata fund raising itu tidak ada kena mengena dengan Bersatu kerana Bersatu telah diharamkan, malah katanya Akaun Bersatu juga  telah dibekukan. 

Maka Fund Raising itu adalah fund raising hanya untuk kapasiti beliau secara peribadi. Tambahnya, sumbangan adalah secara terus kepadanya.

"Sumbangan dibuat terus kepada saya, bukan kepada parti pribumi bersatu malaysia atau armada kerana pada masa tu telah diharamkan, telah dinyahdaftarkan!" - Syed Saddiq

Ada satu poster acara tersebut ditunjukkan beliau sambil bertanya:

"Ada tak gamabr Armada? Ada tak gambar bersatu? Apa nama caption dia? "Fund-raising battle for johor!" 

Apa yang tidak diberitahu Syed dalam live beliau itu adalah nombor  akaun yang digunakan untuk penyaluran sumbangan raih dana tersebut. Dana bukan ke akaun beliau. 

Walaupun beliau cuba menjarakkan aktiviti itu dari Bersatu atau Armada, akaun yang digunakan tersebut mirip nama Armada iaitu "Armada Bumi Bersatu Enterprise".  

Malah gambar Tun M ( penerusi Bersatu) dan Muhyidin (Presiden Bersatu) juga digunakan untuk menarik orang ramai, malah dikongsikan fb Armada Johor. 

Hasil pemeriksaan di SSM, saya mendapati syarikat tersebut telah tamat tempoh pada 3 Januari 2018. 

Maka sebarang aktiviti masuk atau keluar wang dari syarikat tersebut adalah haram kerana syarikat tersebut telah tamat tempoh! 

Kata beliau lagi:

"Kalau nak buat fund raising parti mestilah bendahari parti yang akan hadir, akan guna akaun parti, akan pastikan bahawa akan dibincangkan dalam mesyuarat parti. None of that!  " 

Hasil pemeriksaan di SSM juga mendapati "Armada Bumi Bersatu Enterprise" dimiliki secara tunggal oleh Rafiq Hakim. Tahukah anda jawatan apa beliau pegang ketika itu?  Bendahari Armada Nasional! 

Kesimpulannya, benda ni mudah:  terkantoi sebab guna akaun syarikat yang dah tamat tempoh.

Sebab tu lah kena dakwa. Fund Raising tak salah. Tapi gunalah akaun yang sah. Benda basic pun tak tahu ke?

Tak perlu lah pusing-pusing kata diugut la, ditawarkan la. 

Lagi banyak kau buka mulut, lagi banyak salah saya jumpa dik.

Tulisan berikut nanti saya ulas  pasal RM 1 juta yang didakwa dikeluarkan Sadek dari parti tanpa kelulusan pimpinan parti. 

p/S : Berapa bunga dapat bro simpan RM100k kat ASB?  :P 

-Wartawan Tak Bertauliah-


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo