NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa perlunya gadis seksi oktagon - Khabib


London: Legenda UFC Khabib Nurmagomedov mengkritik kehadiran gadis oktagon dan menganggap mereka orang paling tidak diperlukan dalam pertarungan seni bela diri.

Sejak berdekad, wanita seksi berjalan mengelilingi gelanggang MMA bagi mengumumkan kepada penonton aksi peringkat seterusnya.

Tradisi itu mula diperdebatkan sejak beberapa tahun lalu dengan ada yang menganggapnya sudah ketinggalan zaman.

Bekas juara Khabib sebahagian daripada mereka yang tidak menyetujuinya dan ketika sidang akhbar kelmarin, dia berkata: "Lihat, saya tak mahu menyalahkan sesiapa. Gadis oktagon ini yang paling tidak diperlukan di atas gelanggang.

"Apa fungsi mereka? Saya ada soalan: Anda boleh tunjukkan ia pusingan kedua di skrin. Terdapat orang yang faham seni bela diri dan gadis-gadis ini berjalan. Ini pandangan peribadi saya, Kamil.


"Saya tak mahu tetapkannya ketika pertarungan anda. Saya fikir anda ada pandangan sendiri. Saya fikir gadis-gadis ini paling tak berguna dalam sukan seni bela diri. Apa fungsi mereka? Bagaimana?

"Adakah mereka memajukan sukan ini? Atau mereka membantu penonton mengetahui ia pusingan kedua" Apa yang mereka buat? Beritahu saya.''

Ketika ditanya mengenai sejarah, Khabib yang kini mempromosikan Eagle Fighting Championships, dia berkata: "Saya sedar sejarah itu tetapi sejarah juga buat silap. Ini pandangan peribadi saya.

"Dana White [presiden UFC] mungkin suka, begitu juga anda tetapi nama saya bukan Dana, nama saya Khabib.''



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo