NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Antivaksin sanggup bayar RM1000 untuk sijil vaksin

Berikutan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan kerajaan kepada penerima dua dos vaksin Covid-19 golongan antivaksin yang menolak mengambil suntikan dilihat semakin berani sehingga mahu membayar beberapa klinik swasta demi mendapatkan sijil vaksin.

Difahamkan, modus operandi mereka ialah membayar untuk dos berkenaan namun tidak mahu disuntik.

Mereka hanya mahukan sijil vaksin yang membolehkan mereka menikmati kemudahan yang disediakan kepada penerima dua dos vaksin.

Media sosial hangat dengan pendedahan sebuah klinik swasta dipercayai di Pulau Pinang yang mendedahkan pihaknya menerima banyak permintaan golongan antivaksin yang mahu membayar untuk vaksin, namun tidak mahu disuntik.

Bayaran sehingga RM1,000 sanggup ditawarkan golongan tersebut.

MalaysiaNow cuba menghubungi klinik berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut namun tidak berjaya.

Klinik itu menerima pujian orang ramai apabila tidak berkompromi soal integriti perubatan mereka.

Bagaimanapun, Presiden Persekutuan Persatuan Doktor Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr Steven Chow mengesahkan kepada MalaysiaNow wujudnya cubaan-cubaan seperti itu.

“Ya kami sedar mengenai usaha-usaha untuk melangkaui sistem.

“Persekutuan menentang mana-mana doktor yang bersetuju dengan amalan yang tidak beretika ini. Setakat pengetahuan kami, ahli-ahli FPMPAM sentiasa menolak permintaan individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya kepada MalaysiaNow.

Steven berkata, ahli-ahli FPMPAM sentiasa mengikuti amalan perubatan yang beretika.

Tiada data rasmi diperoleh namun katanya, perkara itu dilaporkan oleh rangkaian ahli-ahli FPMPAM.

Terdahulu, kemudahan kepada penerima dua dos diumumkan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Ia membabitkan rentas negeri, daerah, dan aktiviti sosial serta ekonomi.

Penerima dua dos juga dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid serta aktiviti di rumah ibadat lain, selain dine-in di restoran.

Aktiviti pelancongan dalam negeri juga dibenarkan melibatkan penginapan di inap desa dan hotel.

MalaysiaNow sebelum ini pernah melaporkan mengenai golongan antivaksin yang mudah percaya kisah dan komplot kuasa besar dan teori konspirasi.

Sumber | Malaysianow


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo