NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agong zahir penghargaan kepada Muhyiddin, Jemaah Menteri




KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional (PN) bermula 1 Mac 2020, khususnya dalam memerangi pandemik COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, Istana Negara memaklumkan, selaku Ketua Utama Negara, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memahami dan menghormati sistem dan proses perundangan negara.

"Yang di-Pertuan Agong juga menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh Muhyiddin berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-undang," kata kenyataan berkenaan. (BH)


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo