NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

20 ahli parlimen telah selesai beri keterangan

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa (kiri) bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah (tengah) dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (kanan) mengadakan sidang media selepas memberi keterangan berhubung himpunan pembangkang di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. - Foto MOHD YUSNI ARIFFIN
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil keterangan 20 Ahli Parlimen setakat ini berhubung isu perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata tiga lagi Ahli Parlimen selesai diambil keterangan hari ini ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa.

Beliau berkata, turut selesai memberi keterangan ialah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sehingga hari ini, seramai 20 Ahli Parlimen sudah selesai dirakam keterangan sejak Rabu lalu (4 Ogos) hingga hari ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Isnin lalu, Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan penularan COVID-19.

Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan polis. – BERNAMA


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo