NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wacana anak muda Kedah: Pelaburan Kedah RM43 bilion, apakah manfaatnya?


Anjuran Jabatan Profesional Muda, Dewan Pemuda PAS Kedah, 2 Julai 2021.

Perkongsian Sdr Syahir Sulaiman, SU Politik Presiden PAS:


1. Bagaimana pelaburan ini boleh membantu ekonomi negara dan rakyat Kedah khususnya?

Perbincangan kita hari ini berkisar tentang pencapaian PELABURAN di Kedah, jadi saya skopkan perbincangan di atas DUA premis penting, iaitu: MASA (time frame) dan TEMPAT (location).

a. MASA: Pelaburan adalah suatu KOMITMEN untuk perbelanjaan PEMBANGUNAN dalam tempoh JANGKA MASA PANJANG, bergantung kepada potensi dan prospek yang ada pada hari ini.

Maka impak pelaburan di Kedah terbahagi kepada DUA tempoh masa: (1) Kesan pelaburan pada hari ini - pandemik, rakyat susah, tiada kerja, persaingan global; (2) Kesan pelaburan pada masa akan datang - tingkatkan peluang pekerjaan, taraf hidup rakyat, teknologi pertanian, dayasaing negara.

b. TEMPAT: Kedah mempunyai cukup ramuan untuk menjadi HAB PELABURAN SERANTAU, terletak di Koridor Utara, lokasi strategik aliran pelaburan domestik & antarabangsa, ekonomi bergantung kepada sektor pertanian (Jelapang Padi) dan pelancongan.

Impak pelaburan di Kedah: Mengagih-semula pembangunan daripada bandar ke luar bandar, pemangkin kepada proses ‘patah-balik’ urbanisasi (REVERSE URBANISATION) melibatkan penghijrahan bakat anak tempatan, di samping meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara tidak langsung melalui INDUSTRI HILIRAN dan industri sokongan di Kedah. Terpenting adalah ‘KUALITI’ pelaburan kepada negeri dan rakyat.

2. Apakah dengan bertambah pelaburan ini maka akan menambahkan tenaga kerja rakyat asing serta bagaimanakah kerajaan kita mengatasi masalah ini?

Tujuan utama pelaburan adalah untuk membawa KEBAIKAN SOSIO-EKONOMI kepada negeri & rakyat dalam jangka masa panjang. Kebaikan EKONOMI yang dimaksudkan cth. pertumbuhan ekonomi, peluang pendapatan, peluang pekerjaan, daya usahawan, pemindahan teknologi; manakala Kebaikan SOSIAL cth. peningkatan tahap pendidikan, kualiti hidup, keharmonian kaum, semangat kejiranan.

a. Setiap rantaian pelaburan perlu dimanfaatkan dengan memastikan wujudnya 'komponen tempatan' (local content) cth. pelaburan GLC, pegangan ekuiti, pemindahan teknologi, tenaga mahir tempatan, buruh tempatan, vendor tempatan, industri hiliran, pembahagian keuntungan, sumbangan CSR.

b. Program penyesuaian (tailor-made) dan pemadanan (match-making) antara pengajian dan industri bagi memastikan kemahiran memenuhi kehendak pasaran di Kedah cth. Politeknik, ILP, IKBN, IPTA, IPTS. Difahamkan ini sedang diusahakan oleh YAB MB.

3. Apakah faktor terpenting yang boleh memastikan sustainability atau kelestarian ekonomi terus berjalan di negeri Kedah?

Kelestarian ekonomi bergantung kepada DASAR, PELAKSANAAN dan KUALITI PELABURAN.

a. Kerjasama Kerajaan Negeri & Agensi Persekutuan dalam aspek pelaburan, alam sekitar, pendidikan, sumber manusia (MITI, MIDA, KASA, KPT, KSM) – dasar, pemudahcara, penguatkuasaan, pemantauan.

b. Pelaburan berkualiti, menjana limpahan ekonomi tempatan – industri hiliran, peluang pekerjaan, taraf hidup rakyat, kelestarian alam – partisipasi GLC Persekutuan & Negeri, institusi pendidikan, bakat tempatan, pemilikan hartanah.

c. Gerakan NGO dan kesedaran masyarakat bagi memastikan projek pembangunan & perindustrian tidak menjejaskan alam sekitar dan penduduk. Difahamkan Kerajaan Kedah telah memulakan inisiatif ' Gagasan Cordoba' bagi memupuk budaya keilmuan dalam masyarakat, sebagai teras pembangunan lestari.

Kesimpulan: Kualiti Pelaburan, Industri Hiliran, Bakat Tempatan, Memanusiakan Pelaburan.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo