NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SELVAX bukan program imunisasi Covid 19 Kebangsaan - Tim Menteri MOSTI



Saya ada ditanyakan banyak soalan berhubung program SELVAX.

Untuk pengetahuan semua, Program SELVAX bukanlah sebahagian dari Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan percuma yg di bawah Kerajaan Perikatan Nasional Persekutuan.

Pada hujung Julai, Pharmaniaga akan menyelesaikan penghantaran terakhir dari 12 juta dos vaksin Sinovac yg ditempah Persekutuan untuk Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan.

Pharmaniaga sudah boleh membuat penghantaran kepada tempahan selain Kerajaan Persekutuan selepas melengkapkan penghantaran semua vaksin Sinovac untuk program Vaksinasi percuma kerajaan Persekutuan. Ini termasuklah apa yg saya difahamkan bekalan Vaksin Sinovac yang ditempah oleh Selangor untuk Program SELVAX

Mulai Ogos 2021, Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan yg percuma hanya melaksanakan suntikan vaksin jenis Pfizer selain melengkapkan suntikan kedua Sinovac bagi yg sudah menerima dos pertama Sinovac.

Kerajaan Persekutuan telah membeli bekalan dos vaksin yang cukup untuk 120% daripada penduduk Malaysia.

Dari jumlah itu,70% adalah Vaksin jenis Pfizer, 18.75% jenis Sinovac, 10% Astrazeneca dibeli terus dari Astrazeneca, baki adalah Astrazeneca dan Johnson n Johnson yg dibeli dari fasiliti COVAX dan sebanyak 3.5juta dos Vaksin 1 dos jenis CanSino.

JKJAV dengan operasi Vaksinasi yg dipertingkatkan di Lembah Kelang dengan sasaran suntikan harian 272,000 dos setiap hari, imuniti kelompok di Lembah Klang boleh dicapai dengan 80% menerima 2 dos lengkap dalam tempoh 1 bulan.

Malaysia telah mencapai kadar Suntikan Harian perkapita Tertinggi di dunia dengan angka terakhir pada 15 Julai 2021 sebanyak 460 ribu suntikan.

Untuk sepanjang Julai, Malaysia akan menerima bekalan Vaksin sebanyak 16 juta dos.

Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim
Timbalan Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi
17 Julai 2021

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4432406020115243&id=100000376652514


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo