NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Segalanya tentang COVID-19 : Prof Dr Sazaly Abu Bakar, Pakar Virology UM (video)


1). Sistem imunity badan memerlukan 14 hari selepas suntikan vaksin Dos ke-2, sebelum antibodi sempurna terbentuk untuk melawan jangkitan virus covid

Bagi mereka yang telah dijangkiti pula, kajian menunjukkan sistem imunity badan mereka telah auto imun tetapi memori virus itu hanya bertahan selama 3 bulan sahaja. Selepas 3 bulan dari tarikh mula dijangkiti, mereka akan terdedah semula kepada risiko jangkitan. Di sini terdapat keperluan untuk menerima vaksin 2 Dos lengkap supaya sistem imunity badan menerima memori tentang virus supaya boleh menghasilkan antibodi yang diperlukan.
2). Terus patuhi SOP yang ketat (pakai pelitup muka, sanitize tangan, jaga jarak dan elak berada dalam ruang tertutup tanpa pengudaraan yang baik).

Jangkitan masih boleh berlaku kepada mereka yang sudah lengkap menerima vaksin 2 Dos (majoriti hanya fasa 1 & 2, risiko rendah jatuh ke fasa 3, 4 & 5)

3). Semua vaksin mempunyai keberkesanan yang sama. Apa yang membezakan hanyalah kaedah & tempoh vaksin dihasilkan;

a). Pfizer - sebahagian genome virus covid-19 digandakan di makmal dan dijadikan vaksin. Kaedah mRNA dan paling cepat vaksin terhasil

b). AstraZaneca - sebahagian genome virus covid-19 digandakan di makmal, dimasukkan semula ke virus lain untuk membentuk vaksin. Kaedah mRNA dan sederhana pantas vaksin terhasil

c). Sinovac - semua virus covid-19 dikembang-biak di makmal, dimatikan (inactivated virus) dan dijadikan sebagai vaksin. Paling lambat vaksin terhasil kerana proses virus dikembang-biak di makmal mengambil masa yang lama.

4). Suntikan Booster Dos ke-3, masih dalam peringkat kajian data. Kajian berkenaan adakah sistem Imunity Badan masih memiliki memori tentang virus covid selepas tempoh 12 bulan dari tarikh terkena jangkitan / terima 2 Dos vaksin lengkap.

Contohnya untuk virus chicken pox, sistem Imunity Badan masih memiliki memori melebihi 40 tahun tentang virus tersebut. Sebab itu sangat jarang berlaku jangkitan chicken pox kali kedua

5). Walaupun Ivermectin sudah lama berada di pasaran, tetapi jangkitan Covid masih terlalu baru (penghujung tahun 2019). Masih perlukan data kajian klinikal yang menyeluruh.

Isu Ivermectin berpunca daripada kaedah rawatan covid masih bersifat hospital-centric. Bagi mereka yang dijangkiti dan hanya fasa 1 & 2 (dikuarantin di rumah), tiada rawatan khusus buat masa ini. Kebiasaannya pesakit fasa 1 & 2, sembuh dengan sendirinya kerana sistem Imunity badan sendiri

6). Pembebasan Pergerakan Hanya Boleh dibenarkan jika Malaysia telah mencapai 80% Herd Immunity 2 Dos Vaksin Lengkap

Semua pihak diminta bersabar kerana mengikut PICK, Malaysia akan mencapai sasaran tersebut sekitar Oct 2021. Elakkan mengulangi kesilapan negara lain

Semoga Bermanfaat

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo