NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sahibus samahah Dato’ Dr. Haji Anhar Ophir rasmi sebagai Mufti Selangor yang baru

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat mengurniakan Watikah Pelantikan Sahibus Samahah, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Timbalan Mufti Selangor yang baharu di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Ophir kini secara rasminya dilantik sebagai Mufti Selangor berkuatkuasa 21 Mei 2021. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Mufti Selangor sejak tahun 2016.

Anak kelahiran Kapar, Klang ini memiliki kelulusan tertinggi Ijazah Doktor Falsafah (Feqh Wa Usuluh), Mumtaz dari The World Islamic Sciences And Education University (WISE), Jordan. Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana (Falsafah Islamiah), Mumtaz dari Universiti Kaherah, Mesir. Sejak tahun 2007, beliau juga bertindak selaku Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Antara kertas kerja yang pernah dihasilkan beliau bertajuk Kepentingan Bermazhab Di Sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jawatan Timbalan Mufti Selangor pula kini diambil alih oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Miszairi Bin Sitiris. Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah IRKH (Fiqh dan Usul Al-Fiqh) dari Universiti Islam Antarabangsa (IIUM). Beliau sebelum ini bertugas sebagai Pensyarah di IIUM sejak tahun 1996. Antara artikel beliau yang pernah diterbitkan bertajuk Tuntutan Harta Sepencarian Dalam Kes Kematian di bawah Jurnal Undang-undang Malaysia.

Dalam pada itu, DYMM Sultan Selangor bertitah menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor supaya mempercepatkan proses vaksinasi Covid-19 kepada para Imam, Bilal dan Siak di masjid-masjid dan surau-surau serta Jurunikah di seluruh Negeri Selangor.

Ia sebagai persediaan awal bagi membolehkan masjid dan surau dibuka untuk lebih ramai jemaah khususnya bagi menunaikan Solat Jumaat, bergantung kepada perkembangan terkini Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Baginda berpandangan adalah penting untuk Imam, Bilal dan Siak serta Jurunikah ini diberi keutamaan memperoleh vaksin Covid-19 secepat mungkin sebagai perlindungan kerana tugas mereka terdedah kepada risiko jangkitan yang lebih tinggi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo