NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan media PAS berhubung perkembangan terkini

Kenyataan Media : Timbalan Presiden PAS

KENYATAAN MEDIA

1. PAS tegas mendokong sistem Raja Berperlembagaan dalam kerangka keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

2. PAS berdiri teguh bersama Perdana Menteri dalam mendokong semua keputusan yang telah diputuskan oleh kabinet.

3. PAS menyeru semua pihak untuk kekal bersatu padu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik Covid-19. Kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapi ancaman pandemik.

Terima kasih.

YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Bertarikh : 29hb Julai 2021 (Khamis)


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo