NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RM530b tampung lapan pakej rangsangan

KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan RM530 bilion bagi melaksanakan lapan pakej rangsangan ekonomi sejak negara dilanda wabak COVID-19, lebih setahun lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan pada tahun lalu sahaja, sejumlah RM305 bilion dibelanjakan iaitu 22.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

"Ini adalah antara kadar terbesar berbanding pakej rangsangan yang dilaksanakan di Indonesia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan mengenai Pakej-Pakej Bantuan Ekonomi pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini. - BH 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo