NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS kemukakan plan jangka pendek dan jangka panjang isu tangani isu doktor kontrak

Senator Ir Ts Khairil Nizma
PASSSS berpendirian bahawa isu Doktor Kontrak yang berlarutan tanpa penyelesaian sejak tahun 2016 ini mestilah ditangani segera oleh pihak Kerajaan Perikatan Nasional.
Doktor-doktor yang masih berstatus kontrak kini, bukanlah mahu mencari publisiti atau mengejar populariti tetapi mereka mahu keluh kesah dan apa yang terpendam, didengari dan diberikan perhatian yang sewajarnya.

Saya yakin bahawa mereka telah dan masih memberikan 100% fokus dan keringat mereka demi memastikan sistem kesihatan negara kita dapat berfungsi dengan baik khususnya ketika negara kita masih bertarung dengan pandemik COVID-19. 

Saya juga dimaklumkan bahawa hartal yang mereka lakukan ini tidak menjejaskan/mengabaikan tanggungjawab tugasan mereka sebagai "frontliners" dalam sektor kesihatan negara atau misi negara dalam melawan COVID-19 dan hanya melibatkan mereka yang sedang "off" daripada bertugas.

PAS sebagai salah satu parti yang mendukung Kerajaan pada hari ini telah melakukan beberapa usaha libat urus bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini. 

PAS komited dan yakin bahawa Sistem Kesihatan Negara perlu melalui proses reformasi secara besar-besaran disamping tidak melupakan fokus negara dalam melawan COVID-19 pada hari ini.

PAS sebenarnya telah mencadangkan 4 Pelan Jangka Masa Pendek dan 9 Pelan Jangka Masa Panjang sebagai salah satu input kepada Kerajaan bagi menyelesaikan isu ini. Saya berjanji PAS tidak akan berhenti di sini sahaja dan akan memastikan agar isu ini dapat diselesaikan segera dan dalam situasi win-win.

Sebagai penyelesaian interim, Kerajaan pada hari ini telah bersetuju bahawa Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak (contract of service) untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Kabinet juga bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama. 

Bagi memastikan laluan kerjaya yang setara dan adil, Kabinet juga bersetuju agar pelantikan secara kontrak diuruskan mengikut kesetaraan kerjaya pegawai tetap dan ditawarkan Cuti Belajar Bergaji penuh serta tajaan pengajian yang setara dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh dan Hadiah Latihan Persekutuan.

Antara keputusan lain yang turut diputuskan adalah menambah baik kemudahan atau faedah yang ditawarkan kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak seperti Cuti Tugas Khas Perubatan, Cuti Tibi dan kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal

Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua doktor-doktor yang tetap atau kontrak kerana telah memberikan spenuh jiwa dan raga mereka berjuang demi negara melawan COVID-19.

Semoga Allah membalas segala khidmat bakti kalian dengan ganjaran yang setimpal.
Plan jangka pendek
Plan jangka panjang


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo