NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Netizen mula membandingkan sifat ahli parlimen Malaysia dengan beruk dan ungka?

 

Poster-poster dan video lama mula tersebar kembali. Mungkin disebabkan PKP, ramai rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat sendiri gelagat ahli parlimen masing-masing yang disiarkan secara live oleh RTM, ASTRO dan Unifi. 

Semoga ahli parlimen yang mewakili kawasan masing-masing dapat ubah sikap mereka ketika berbahas. 

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Titah Seri Paduka Baginda, Parlimen yang berperanan sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

“Ahli-Ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan kerajaan bagi membantu rakyat yang berada dalam kesempitan dan memulihkan semula ekonomi negara,” titah Baginda hari ini sebaik selesai Sesi Perbincangan Khas antara Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-raja Melayu pada 15hb Jun yang lepas.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo