NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mesyuarat Khas Parlimen: 4 lagi kes positif COVID-19 dikesan di Parlimen

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat lagi kes positif COVID-19 melibatkan kawasan Parlimen telah dikesan semalam, dedah Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas (2021) hari ini, beliau berkata, atas sebab itu beliau cuba mengehadkan tempoh berbahas sehingga pukul 5.30 petang sahaja. Menurut beliau, lanjutan masa itu juga sebenarnya jauh melebih apa yang dicadangkan Ketua Pengarah Kesihatan (KP), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah iaitu tidak melebihi pukul 2 petang.
“Saya nak terangkan sikit pasal masa ni. Kita pun telah tidak menuruti nasihat dan rekomendasi Tan Sri KP Kesihatan yang susah payah datang ke Parlimen beri penekanan. Kalau nak ikut nasihat beliau, kita sidang sehingga pukul 2 petang sahaja. Sebab beliau amat gusar dan bimbang.
“Semalam dengan hari ni sahaja kita dah ada tiga atau empat kes. Semalam dengan hari ini. Jadi, risiko agak tinggi. Sebab itu saya tetapkan pukul 5.30 tu beri peluang kepada semua berbahas,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mahu mengetahui sekiranya Speaker boleh melanjutkan masa perbahasan bagi memberi peluang kepada Ahli-ahli Parlimen.
- Astroawani

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo