Responsive Ad Slot

Mengupas puisi Zana Zanzaly



Pesona puasa Arafah
Mengajar tentang doa dan harapan
Antara doa demi doa
Yang diajar para Nabi
.. dan Arafah hari teragung
mengangkat segala doa
ke Pemilik Cinta.

خَيْرُ الدُّعاءِ دُعاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَناَ وَالنَّبِيُّوْنَ مِنْ قَبْلِيْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
 
'Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah
sebaik-baik ucapan yang daku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah Laa ilaha illallah wahdahu la syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wahua ‘ala kulli syaieen qadeer.'
~ at-Tirmidzi 
Zana Zanzaly;
Entah kenapa tiba-tiba jadi tak reti nak minta apa-apa.
Doa yang sekian banyak dihafal sejak remaja satu pun tak melintas di minda.
"Allahumma zakkirni ma nasitu" puas diulang baca, tak juga sebaris doa menjelma.
Tak semena-mena Warkah Kekasih terselak dek laju putaran kipas di atas kepala.
Rupa-rupanya Allah SWT hantar angin mengajar secara langsung doa Nabi Ibrahim a.s melalui surah Asy-Syu'ara ayat 83 hingga 85.
Lalu kalbu pun menyeru...
"Duhai Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah daku ke dalam golongan orang-orang yang soleh.
Dan jadikan daku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian,
Dan jadikanlah daku termasuk orang-orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan."
Maha Hebat
Zat Pengurnia
rezeki keajaiban pesona puasa Arafah
disingkap serta-merta
di depan mata!

ZANAZANZALY
9 Zulhijjah 1442H

“Apa yang terkesan di hati dinda?” tanya beliau menyebabkan saya memetik aksara di pagi Jumaat yang mulia. Saya membalasi dengan senyuman dan gumpalan awan merah berbentuk hati, di hujung jari.
Saya bukanlah seorang yang layak untuk berbicara tentang makna dan hermeneutik puisi, bahkan al-Quran.
 
Kisah Nabi Ibrahim bagi saya, sebuah kisah mulia yang penuh pengajaran dalam konteks pendidikan. Ia harus diekstrak lantaran begitu banyak pelajaran tertulis didalamnya. 

Tentang seni berfikir kritis
Tentang menjawab sikap ingin tahu
Tentang dialog dan ucapan
Tentang tauhid dan keyakinan
Tentang redha dan berkorban
Tentang harap dan berdoa
Tentang sabar dan percaya
Malah banyak lagi yang harus diambil satu-persatu isi dan intinya.
Subhanallah, inilah antara hikmah-hikmah besar yang seharusnya kita genggam
Dari wibawa seorang Khalilullah
Yang selalu kita panjatkan salam buatnya di hujung lafaz tahiyyat.
Malahan, pandangan mufassir tentang surat Ash-Shaffat ayat 100-110 yang turut berkisar tentang ujian terhadap baginda dengan arahan supaya mengorbankan anak tercinta yang ditunggu-tunggu sekian lama yakni Nabi Ismail alaihissalam, di mana Nabi Ismail menyetujui ayahanda beliau agar melaksanakan perintah tersebut lantaran perintah itu datangnya daripada Allah s.w.t.
Allahu, siapa sahaja yang berada di tempat mereka pasti dirundung sebak yang bukan sedikit. Betapa lama baginda menanti kehadiran seorang anak, bahkan sehingga terpaksa mengguris hati isteri pertama, Siti Hajar dengan menikahi Siti Sarah, dan terpaksa pula membawa jauh anak dan isteri tersebut ke sebuah padang pasir tandus, hanya kerana suruhan Allah. Malah sekali lagi diuji agar anak tersebut dikorbankan oleh tangan beliau sendiri. MasyaAllah.. begitu kuat Tuhan ingin menguji.
Tidak ternafi lagi beliau akur dan layak digelar kekasih Allah.
 
Ini pengajaran
hebat
bagaimana Allah mengangkat darjatnya lalu diangkat menjadi hikmah pelajaran buat ummat. Kecintaan kepada Allah s.w.t seharusnya tidak harus ditandingi dengan kecintaan kepada makhluk.
Kukuh
Terpasak
Di samping itu, banyak doa yang beliau ajari supaya kita mengajarkan buat ahli keluarga dan anak-anak. 

Ini amalan. Selain maju dan tangkas membina pembangunan fizikal, jangan ditinggal cahaya yang perlu dimasukkan ke dalam bekas sebuah jiwa. Ia mungkin kosong, kelam, mahupun bercahaya dan menerangi.

Bismillahirrahmanirrahim

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Ya Tuhan kami jadikanlah kami orang yang Berserah diri kepada-Mu dan anak cucu kami juga umat yang berserah diri kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara melakukan ibadah haji kami, dan terimalah tobat kami sungguh Engkau Allah yang Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang."
~Al-Baqarah: 128

“Ya tuhanku, jadikanlah daku sebagai orang yang mendirikan shalat dan juga keturunanku. Ya Tuhanku, terimalah doaku. Ya Tuhan kami, ampunilah aku, kedua orang tuaku dan orang-orang mukmin di hari perhitungan.” 
~Ibrahim: 40-41

‘Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman dan limpahkanlah penduduknya rezeki dari buah-buahan, yakni orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir di antara mereka’.”
~ Al-Baqarah: 126

[Di musim wabak sekarang ini, kita digalakkan agar berdoa banyak-banyak agar bumi kita selamat, ahli keluarga dan rakan taulah kita selamat semuanya dan diangkat segala musibah dan wabak.. amin ya Rabb]

Wallahu a’lam.
Jumaat
23 Julai 2021
Selamat Hari Raya AidilAdha






No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo