NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia capai kadar vaksinasi harian tertinggi, hampir 50 peratus telah divaksin

Semalam Malaysia telah berjaya mencapai kadar vaksinasi harian tertinggi setakat ini iaitu 507,050 dos. Ini menjadikan jumlah individu yang telah menerima dos pertama sehingga semalam ialah 10,920,862 dan sejumlah 5,104,054 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Sejak 12 Julai 2021, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjaya merekodkan pemberian dos harian sebanyak lebih 400,000 dos hampir setiap hari.

Melalui Facebook rasmi Perdana Menteri, Muhyidin turut mengumumkan bahawa seramai 46.7% daripada populasi dewasa di Malaysia telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos dan seramai 21.8% pula telah mendapat dos yang penuh.

Pencapaian ini turut selari dengan sasaran yang ditetapkan dan akan terus dipertingkatkan lagi supaya sasaran 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksinasi lengkap berjaya dicapai.

Dengan vaksinasi, ia akan dapat membantu mengurangkan beban kes di hospital dan mengurangkan kes-kes jangkitan yang teruk, seterusnya melancarkan usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara.

Beliau juga turut berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, terutamanya kepada petugas-petugas barisan hadapan dan sukarelawan PPV yang membantu melancarkan pelaksanaan program ini.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo