Responsive Ad Slot

Kes covid meningkat di Selangor, Anwar salahkan Azmin


Presiden PKR Anwar Ibrahim menyalahkan menteri besar Selangor yang lama, Mohamed Azmin Ali sebagai punca peningkatan wabak Covid 19.

Anwar mendakwa, peningkatan kes secara mendadak di Selangor tidak mungkin berlaku jika sebelum ini tidak ditadbir oleh Azmin sebagai menteri besar.

“Ini sebab menteri besar lama karut,” kata Anwar di Dewan Rakyat pagi ini.

Azmin sebelum ini merupakan menteri besar Selangor dari 2014 hingga 2018 sebelum dilantik sebagai menteri hal ehwal ekonomi ketika Pakatan Harapan (PH) berkuasa.

Selepas PH tumbang, Azmin dilantik sebagai menteri kanan dan juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Selain itu, Anwar turut membangkitkan tentang Presiden Umnno Ahmad Zahid Hamidi yang meminta agar proklamasi darurat dibahaskan di Parlimen.

“Saya teliti, presiden Umno sendiri pun minta bahas soal darurat, ya tapi maknanya ia tidak lagi suara kecil, ia suara majoriti rakyat,”katanya.

Anwar sebelum ini dikaitkan berkomplot dengan Zahid untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

Zahid bagaimanapun tidak hadir ke Dewan Rakyat hari ini kerana positif Covid-19n dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo