NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Ahmad Maslan Dipindahkan ke Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Kes Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang didakwa gagal mengisytiharkan wang RM2 juta diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memberi pernyataan palsu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad ketika dihubungi media, memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah, hari ini, membenarkan permohonan Ahmad untuk dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

"Mahkamah membenarkan permohonan itu dengan alasan terdapat persoalan undang-undang yang timbul, terutama pertuduhan mengikut Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amlatfapuaa).

"Terdapat dua kes lain yang hampir sama dan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, satunya adalah kes Tan Sri Shahrir Abdul Samad (bekas Pengerusi Felda)," katanya.

Katanya, permohonan untuk memindahkan kes itu difailkan pada 28 Jun lalu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar ketika dihubungi media, memaklumkan pihaknya tiada bantahan untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada prosiding terakhir yang berjalan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mahkamah menetapkan 5 hingga 8, 12 hingga 15 dan 26 hingga 29 Julai 2021 bagi perbicaraan kes berkenaan.

Dijangkakan, seramai 10 saksi akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Ahmad, 55, didakwa menerima wang RM2 juta daripada Najib, yang dipercayai sebagai hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, dan cek itu ditunaikan sendiri oleh Ahmad, pada hari yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 30 April 2014 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad, dituduh memberi pernyataan palsu kepada SPRM ketika percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa, Mohd Zairi Zainal, antara jam 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019, di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini berhubung cek itu.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 32(8)c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda kedua-duanya.

Sumber : BH

___

1Media : Rupanya Ahmad Maslan juga terpalit dengan kluster mahkamah. Patut pun nampak bersungguh sangat nak tukar PM


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo