NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan PN masih dapat sokongan melebihi 110 ahli Parlimen - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Lebih 110 Ahli-ahli Parlimen masih memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Whip Kerajaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengesahkan perkara tersebut berharap rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini.

"Saya menjunjung akan titah Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari ini.

"Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau pada sama meminta rakyat untuk sama-sama berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo