NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelebihan Hari Arafah

1.  Hari Arafah ialah Hari di mana Allah Taala sendiri mendekati hamba-hambanya. Perkara ini disebutkan dalam hadis yang sahih. Sabda Rasulullah ļ·ŗ:

Ł…Ų§ من ŁŠŁˆŁ… أكثر من أن ŁŠŲ¹ŲŖŁ‚ الله ŁŁŠŁ‡ Ų¹ŲØŲÆŲ§ من النار من ŁŠŁˆŁ… عرفة، ŁˆŲ„Ł†Ł‡ Ł„ŁŠŲÆŁ†Łˆ Ų«Ł… ŁŠŲØŲ§Ł‡ŁŠ بهم Ų§Ł„Ł…Ł„Ų§Ų¦ŁƒŲ© ŁŁŠŁ‚ŁˆŁ„: Ł…Ų§ Ų£Ų±Ų§ŲÆ هؤلاؔ؟

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?” (Sahih Muslim)

2. Hari Arafah ini tidak sama dengan malam Lailatul Qadar. Andai malam Lailatul Qadar dirahsiakan dari hamba-hambanya, maka pada hari Arafah ini kita telah pun maklum mengenai waktunya.

3. Justeru pada Hari Arafah ini, perbanyakkanlah berdoa. Ini kerana, menurut Rasulullah, sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Sabda Baginda:

: خير الدعاؔ ŲÆŲ¹Ų§Ų” ŁŠŁˆŁ… عرفة، وخير Ł…Ų§ قلت أنا ŁˆŲ§Ł„Ł†ŲØŁŠŁˆŁ† من Ł‚ŲØŁ„ŁŠ لا ؄له ؄لا الله ŁˆŲ­ŲÆŁ‡ لا ؓريك له له Ų§Ł„Ł…Ł„Łƒ ŁˆŁ„Ł‡ الحمد ŁˆŁ‡Łˆ على ŁƒŁ„ ؓيؔ Ł‚ŲÆŁŠŲ±

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku sebutkan dan juga para Nabi yang terdahulu sebelumku adalah (zikir):

لا ؄له ؄لا الله ŁˆŲ­ŲÆŁ‡ لا ؓريك له له Ų§Ł„Ł…Ł„Łƒ ŁˆŁ„Ł‡ الحمد ŁˆŁ‡Łˆ على ŁƒŁ„ ؓيؔ Ł‚ŲÆŁŠŲ±

4. Bagi yang mampu berpuasa, maka berpuasalah. Kerana Rasulullah bersabda, mereka yang berpuasa pada Hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosa mereka. Sabda Baginda:

ŲµŁŠŲ§Ł…ُ ŁŠŁˆŁ…ِ عرفةَ، Ų£َŲ­ŲŖŲ³ŲØُ على اللهِ أن يُكفِّŲ±َ السنةَ Ų§Ł„ŲŖŁŠ قبلَه ŁˆŲ§Ł„Ų³Ł†Ų©َ Ų§Ł„ŲŖŁŠ بعده

“Puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah akan mengampunkan dosa tahun terdahulu dan dosa selepas daripadanya.” (Sahih Muslim)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo