NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jumlah graduan menganggur meningkat mendadak


PUTRAJAYA: Persekitaran ekonomi kurang memberangsangkan pada 2020 dan kesannya kepada kedudukan pasaran buruh menyebabkan bilangan siswazah menganggur meningkat ketara sebanyak 22.5 peratus kepada 202,400 orang, atau 37,200 orang kepada 202,400 orang.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pertambahan itu dilihat bagi kedua-dua pemegang Ijazah iaitu seramai 22,400 orang dan manakala pemegang Diploma seramai 14,800 orang yang sebahagian besarnya dalam kalangan siswazah berumur lebih 35 tahun.

"Justeru, kadar pengangguran siswazah pada 2020 naik sebanyak 0.5 mata peratus kepada 4.4 peratus berbanding 3.9 peratus pada tahun sebelumnya.

"Selain itu, lebih 75 peratus daripada siswazah menganggur adalah mereka yang aktif mencari kerja, yang mana hampir separuh menganggur bagi tempoh kurang daripada tiga bulan," katanya dalam satu kenyataan.

Siswazah dalam laporan itu ditakrifkan sebagai individu yang memperoleh sijil tertinggi daripada universiti, kolej, politeknik, badan yang diiktiraf atau setaraf, dengan tempoh pengajian sekurang-kurangnya dua tahun.

Mohd Uzir berkata, dalam kalangan 4.35 juta siswazah bekerja pada 2020, lebih daripada dua pertiga atau 68.8 peratus bekerja dalam kategori pekerjaan mahir, namun bilangannya berkurang sebanyak 0.8 peratus berbanding 2019.

"Pengurangan dilihat dalam kategori pekerjaan profesional serta juruteknik dan professional bersekutu. Sementara itu, kategori separuh mahir merekodkan peningkatan 19.3 peratus, terutama dalam kategori pekerja perkhidmatan dan jualan; dan operator loji dan mesin serta pemasang.

"Sehubungan itu, komposisi siswazah bekerja dalam kategori separuh mahir meningkat kepada 28.9 peratus berbanding 25.6 peratus pada tahun sebelumnya. Manakala, sebanyak 2.3 peratus siswazah bekerja adalah dalam kategori pekerjaan berkemahiran rendah," katanya.

Mengenai siswazah bekerja mengikut kemahiran, Mohd Uzir berkata, satu lagi dimensi untuk dinilai bagi siswazah dalam pasaran buruh adalah mereka yang bekerja tetapi tidak dapat digunakan sepenuhnya, atau lebih dikenali sebagai guna tenaga tidak penuh.

Mengulas berkenaan gaji dan upah yang diterima oleh siswazah pada 2020, beliau berkata, purata bagi pekerjaan utama sepenuh masa atau setaraf turun 10.6 peratus berbanding 2019 kepada RM4,489 berbanding RM5,020 pada tahun sebelumnya

"Pemegang ijazah menerima purata gaji dan upah sebanyak RM5,471 sebulan pada 2020, berkurang 9.1 peratus berbanding 2019 manakala pemegang Diploma menerima purata sebanyak RM3,311, menyusut 11.5 peratus pada tempoh yang sama.

"Dapat dilihat bahawa kategori mahir merekodkan pengurangan terbesar sebanyak lapan peratus kepada RM5,316 sementara kategori separuh mahir menerima RM2,418, jatuh sebanyak 2.7 peratus berbanding 2019," katanya.

- BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo