NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Empat MP termasuk minta pindah kedudukan kerusi dalam dewan rakyat ?

Selain Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, empat lagi wakil rakyat juga dikatakan meminta supaya kedudukannya di Dewan Rakyat dipindah ke blok Bebas.

Sumber memberitahu Malaysia Dateline, keempat-empat Ahli Parlimen Umno berkenaan memohon pindah tempat duduk itu minggu lalu.

Mereka ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian), Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

“Zahid, Mat Maslan, Jazlan, Nazlan sebenarnya minta sama (pindah tempat duduk) seminggu sebelum sidang (Dewan Rakyat).

“Tapi Speaker tidak benarkan,” kata sumber.

Tengku Razaleigh atau Ku Li meminta supaya kedudukannya di Dewan Rakyat dipindah ke blok Bebas yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau memohon demikian dalam satu surat makluman kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bertarikh semalam.

Untuk rekod, kerajaan PN pada masa ini hanya didukung 77 kerusi Parlimen manakala blok pembangkang menguasai 143 kerusi susulan keputusan Umno menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

Daripada 77 kerusi kerajaan PN itu, terdapat 32 kerusi Parlimen Bersatu yang diterajui Mahiaddin, Pas (18) dan STAR satu Parlimen.

Kerajaan PN juga disokong Gabungan Parti Sarawak atau GPS (18), Bebas (3), MCA (2) manakala satu kerusi masing-masing dari MIC, PBRS, PBS.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo