NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jepun lanjut dan perluas perintah darurat

TOKYO: Kerajaan Jepun akan melanjutkan darurat di Tokyo serta Okinawa, selain menguatkuasakan perintah itu di tiga lagi wilayah, berikutan lonjakan kes COVID-19.
Ibu kota Jepun merekod angka harian tertinggi, semalam, dengan jangkitan baharu di seluruh negara mencecah 10,000 untuk julung kalinya.

Hari ini, penganjur Tokyo 2020 melaporkan 27 kes baharu berkaitan temasya Sukan Olimpik - angka harian tertinggi, setakat ini - walaupun menegaskan ia tiada kaitan dengan peningkatan jangkitan di Jepun.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga, berkata kerajaan sedang mengambil tindakan 'kecemasan' dengan pantas dan bakal mengumumkan keputusan berhubung peluasan langkah mengekang penularan COVID-19, hari ini.

Perintah darurat di Tokyo ketika ini meliputi pemendekan waktu beroperasi restoran dan bar yang turut dilarang menjual arak.

Ia dijadualkan tamat pada 22 Ogos, namun kerajaan merancang untuk melanjutkannya hingga hujung bulan depan.

Perintah darurat juga akan dilanjutkan di selatan Okinawa, dan sekatan itu bakal diperluaskan ke tiga lagi wilayah di sekitar ibu kota serta hab barat Osaka, kata jurucakap kerajaan, Katsunobu Kato, kepada pemberita, hari ini.

"Kita perlu memberikan mesej yang kuat," kata Menteri Kesihatan Jepun, Norihisa Tamura.

Beliau memaklumkan, jangkitan COVID-19 terus meningkat di Tokyo dan Okinawa meskipun perintah darurat dikenakan, dengan kira-kira separuh daripada kes baharu dikesan di ibu kota itu membabitkan jangkitan varian Delta.

"Kami amat bimbang," katanya. - AFP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo