NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

270 rakyat Palestin cedera bertempur dengan tentera zionis di tebing barat


31 JULAI : Pertempuran rakyat Palestin dan rejim Zionis tercetus lagi apabila lebih kurang 270 penunjuk perasaan Palestin cedera terkena tembakan gas pemedih mata di pertempuran dengan tentera Zionis di Tebing Barat semalam.

Kebanyakan yang cedera semalam adalah akibat gas pemedih mata, sementara tujuh lagi cedera akibat kebakaran kecil dan sekitar 50 terkena peluru getah.

Pertembungan paling teruk berlaku di perkampungan Beita berhampiran Nablus di utara Tebing Barat yang mana penduduk sering mengadakan demonstrasi sejak Mei ketika peneroka Yahudi mula mendirikan penempatan bergerak dan membuka jalan di puncak bukit di kawasan yang dipertikaikan.

Penduduk Palestin di Beita melemparkan batu dan tayar terbakar ke arah tentera Zionis, yang kemudian bertindak balas dengan menyuraikan rusuhan dan melepaskan tembakan.

Selain daripada cedera ringan, dua penduduk Palestin cedera parah terkena tembakan tentera Israel di Beita sejak seminggu lalu.

Semua penempatan Yahudi di Tebing Barat, yang ditawan Israel pada 1967, dianggap sebagai haram oleh sebahagian besar masyarakat antarabangsa.

http://www.pnbbcportal.com/2021/07/31/270-rakyat-palestin-cedera-bertempur-dengan-tentera-zionis-di-tebing-barat/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo